728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-014

Pound Dollar jatuh lebih 125 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar 1.5180 sebelum menutup sekitar paras 1.5190; setelah Dollar AS kembali mendapat momentum dan pemulihan ekonomi yang tidak stabil di UK telah tidak banyak membantu daya tahan Pound. Laporan minggu ini menunjukkan jualan runcit UK jatuh lebih daripada jangkaan ahli ekonomi pada bulan lepas, inflasi kekal di bawah sifar dan Britain mencatatkan defisit bajet terbesar sejak 2009.

Nationwide Building Society, pemberi gadai janji kedua terbesar di UK, berkata bahawa pinjaman meningkat 14% pada separuh pertama 2015, didorong oleh pinjaman kepada tuan-tuan tanah dalam sektor perumahan Britain yang berkembang pesat.  Pinjaman kasar meningkat kepada £14.9 bilion ($23 bilion) dalam tempoh enam bulan hingga September dari £13.1 bilion pada tahun sebelumnya. Pinjaman sewa-beli melonjak 32% kepada £2.9 bilion, yang merupakan 15% daripada pasaran UK. Keuntungan sebelum cukai pula meningkat 34% kepada £802 juta.

telegram-moshed

Gabenor Bank of England Mark Carney berkata bahawa pengawal selia sedang memantau perkembangan drastik dalam sektor sewa-beli, ditengah-tengah kebimbangan yang ianya boleh menimbulkan risiko kepada kestabilan kewangan UK. Walaupun beliau mengenakan kriteria yang ketat untuk pinjaman kepada pemilik-penghuni tahun lepas, beliau belum lagi memperkenalkan sekatan untuk memperlahankan kadar pinjaman kepada tuan tanah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register