728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013

Pound meningkat ke paras tertinggi dalam satu minggu berbanding dolar AS sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam, lebih 90 pips untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5505; setelah data jualan runcit UK dilaporkan lebih baik daripada jangkaan, sekaligus mendorong keyakinan terhadap kekuatan ekonomi British.  Namun ia jatuh semula lebih 135 pips pada sesi New York sebelum menutup sekitar paras 1.5390; setelah tuntutan bantuan pengangguran AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan.

Pejabat Statistik Kebangsaan UK melaporkan semalam bahawa jualan runcit meningkat sebanyak 1.9% pada bulan lepas, mengatasi ramalan kenaikan hanya sebanyak 0.3%. Jualan runcit pada bulan Ogos pula jatuh sebanyak 0.4%, setelah disemak semula daripada kenaikan sebanyak 0.2% yang dilaporkan sebelum ini. Tahun-ke-tahun, jualan runcit meningkat sebanyak 6.5% pada bulan September, mengatasi jangkaan kenaikan 4.8%, selepas meningkat pada kadar 3.5% pada bulan Ogos.

telegram-moshed

telegram-moshed

Jualan runcit teras, yang tidak termasuk jualan kereta, melonjak 1.7% pada bulan lepas, mudah melepasi jangkaan bagi peningkatan 0.3% dan selepas penurunan sebanyak 0.7% pada bulan Ogos.  Data ini hadir sehari selepas Gabenor Bank of England Mark Carney memberi amaran tentang potensi kesulitan menjadi ahli Kesatuan Eropah, tatkala UK bersedia untuk mengundi untuk keanggotaan dalam pasaran tunggal Eropah itu.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register