728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 24 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-008

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 65 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5725 ke serendah 1.5655; setelah kedua-dua mata wang dibelenggu dengan keraguan tentang tindakan bank pusat mereka dalam tempoh terdekat.

Pelabur menjangkakan Federal Reserve AS akan menaikkan kadar sebelum BoE, tetapi dari minit mesyuarat terkini Fed yang dikeluarkan lewat kelmarin, menunjukkan pembuat dasar AS masih bimbang terhadap inflasi dan ekonomi global yang lemah; sekaligus menimbulkan risiko yang terlalu besar untuk melakukan kenaikan “interest rate”.

telegram-moshed

Pelabur menghitung BoE akan mula menaikkan kadar dari paras terendah dalam sejarah mereka pada awal 2016, setelah ekonomi UK terus berkembang kukuh. Jangkaan tersebut membawa pound ke paras 7 1/2 tahun tertinggi secara purata dagangan pada awal minggu lalu.  Tetapi data terkini menunjukkan BoE tidak perlu tergesa-gesa untuk bertindak.

Data yang dikeluarkan pada hari Jumaat menunjukkan bahawa kewangan sektor awam Britain juga bertambah baik, satu lagi tanda bahawa ekonomi UK telah meningkat. Kewangan awam Britain mencatatkan lebihan pertama mereka dalam tempoh tiga tahun, didorong oleh resit cukai bulanan yang kukuh sejak rekod bermula pada tahun 1997.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register