Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 24 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-014Pound Dollar jatuh hampir 120 mata, ke sekitar 1.5485 pada sesi dagangan petang London Selasa semalam, apabila data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat dilaporkan.  Walaupun 3 data utama – “new home sales”, “personal income & outlays”, “durable goods order” – keluar meleset dari jangkaan; pasaran lebih memberikan tumpuan pada GDP tahunan yang dilaporkan pada 5.0% berbanding jangkaan 4.3% dan 4.6% pada tahun sebelumnya.

Sebelum daripada itu, GDP tahunan UK pula, yang keluar meleset dari jangkaan, 2.6% berbanding 3.0%, malah lebih buruk dari 3.2% pada tahun sebelumnya; menyebabkan para pelabur hilang minat untuk menambah pegangan dalam Pound Sterling.  Laporan ekonomi UK juga menyebut, bahawa perbelanjaan isirumah telah menjana pemulihan ekonomi Britain pada suku ketiga, walaupun pendapatan dan pelaburan menunjukkan pengurangan.  Ini telah didorong oleh “Black Friday” – jualan murah sempena menyambut kedatangan Krismas dan tahun baru.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari United Kingdom sehinggalah Jumaat minggu depan, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran, terutamanya jika data “initial jobless claims” Amerika Syarikat keluar lebih baik dari jangkaan.  Pemohon bantuan untuk penganggur kali pertama dijangka menokok 1,000 pemohon kepada 290 ribu.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register