GBPUSD Analisa Fundamental Harian 24 Mac 2016

0 6

Pound Dollar terus merudum untuk hari ketiga Rabu semalam, lebih 140 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4081 sebelum menutup sekitar paras $1.4115; setelah Pound kehilangan minat belian, apabila pejabat pengurusan hutang (DMO) UK melaporkan keputusan tender bon berantai yang memberikan pulangan sebenar sebanyak 1.07% dibawah sifar.

Di pasaran UK, pembeli bon kerajaan dikejutkan dengan pulangan bon tahun 2068 yang kini memberikan pulangan dibawah sifar, selepas faktor inflasi diambil kira.  Jangkaan pulangan sebanyak -1.07% itu, menyebabkan kontrak GILT UK di pasaran hadapan, ‘gap-down’ lebih 10 mata selepas 2 jam pasaran dibuka, sebelum dibida semula untuk menutup sekitar £120.83.

Hari ini UK bakal melaporkan jualan runcit yang dijangka jatuh dari 2.3% kepada 0.7% di bawah sifar. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 265 ribu kepada 267 ribu; dan tempahan barangan tahan lama untuk bulan Februari yang dijangka berkurang dari 4.9% kepada 3% di bawah sifar.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa