728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 24 Mar 2015

Carney and UK Bank of England

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 120 pips dari paras tertinggi harian, sekitar 1.4990 ke serendah 1.4838; sebelum menutup pada sekitar 1.4950 untuk kekal berada di atas pivot mingguan – 1.4910  Ketika artikel ini ditulis, kadar tukaran GBP|USD sedang berdepan dengan ‘support turned resistance’ pada paras terendah bulan Januari yang dibolosi, pada sekitar ‘minor handle’ 1.4950

Di pasaran ekuiti United Kingdom, Index FTSE100 terus memacu naik untuk memecahkan ‘resistance’ tahun lepas; sekaligus membuat paras tertinggi yang baru pada sekitar 7,045.  Pasaran yang rata-rata gusar dengan pilihanraya umum Mei ini, juga gusar dengan kenyataan Bank of England yang berbolak-balik tentang kenaikan “interest rate” UK.

telegram-moshed

Pada bulan lepas, Gabenor Mark Carney mengatakan, BoE berkemungkinan menaikkan “interest rate” lebih awal dari yang dijangkakan pasaran.  Namun dalam kenyataan terbaru bulan ini, beliau mengatakan BoE tiada sebab untuk tergesa-gesa menaikkan “interest rate.  Malah, ketua penganalisa ekonomi BoE, Andy Haldane pula mengatakan, berkemungkinan BoE terpaksa menurunkan “interest rate” bagi mengatasi inflasi.

Hari ini, kedua-dua negara bakal melaporkan data CPI.  CPI tahunan UK dijangka menurun dari 0.3% kepada 0.1%, manakala AS pula dijangka stabil pada 1.6%  Walau bagaimanapun AS juga bakal melaporkan “new home sales” yang dijangka menurun sebanyak 100 ribu.  Keadaan ini dijangka menyebabkan pasaran dalam dagangan berhati-hati, walaupun sebarang kejutan tidak boleh dinafikan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register