728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 24 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-016

Pound Dollar terus jatuh untuk hari kedua, lebih 80 pips Isnin semalam untuk ke paras terendah harian sekitar 1.5110, sebelum menutup sekitar paras 1.5125; setelah spekulasi bahawa Feds AS akan mengangkat kadar untuk kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad pada tahun ini bertambah kukuh, sejak pengumuman data pekerjaan AS yang memberansangkan pada awal bulan lalu.

Komen daripada pegawai-pegawai Feds sejak kebelakangan ini telah menjadi cukup seragam, iaitu jangkaan kenaikan kadar Feds pada bulan Disember. Komen-komen terkini dari Naib Pengerusi Stanley Fischer, Presiden Feds Atlanta Dennis Lockhart, dan Presiden Feds San Francisco John Williams berkata bahawa terdapat alasan kukuh untuk Feds menaikkan kadar pada Disember depan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Sterling susut berbanding Dollar dan Euro semalam, dengan pelabur mengintai kesaksian dari ketua-ketua kementerian kewangan British dan Bank of England pada lewat minggu ini untuk arah selanjutnya. Pound telah mencecah paras tiga bulan tertinggi pada minggu lepas berbanding Euro, ekoran jangkaan pasaran yang meningkat bahawa ransangan tambahan bakal dilancarkan untuk Euro-Zone yang merupakan rakan dagang utama Britain.

Pada masa yang sama, langkah dasar yang akan datang dari BoE dijangka kenaikan kadar, tetapi pasaran telah menolak ianya keluar ke akhir 2016; kira-kira setahun kemudian daripada jangkaan kenaikan kadar daripada Federal Reserve AS pada Disember depan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register