Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 25 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-014

Pound Dollar mengejutkan pasaran Jumaat lalu, apabila terus memacu naik lebih 155 pips untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1.4360, sebelum susut semula untuk menutup sekitar paras $1.4265; setelah pasaran tidak menunjukkan sebarang tindak balas kepada angka jualan runcit UK yang lemah dan Dollar AS yang kukuh. Sebelum daripada itu, HSBC, pemberi pinjaman terbesar di Eropah, menaikkan ramalan untuk Sterling pada akhir tahun 2016 sebanyak 10 sen AS kepada $1.60, atas dasar bahawa Britain akan mengundi untuk kekal dalam Kesatuan Eropah dan mencetuskan kenaikan kukuh.

Ramalan tersebut akan menandakan peningkatan lebih 12% daripada paras masa kini, dan akan membawanya kembali ke paras yang tidak dilihat sejak pertengahan 2014. Bank yang berpangkalan di London itu berkata, kebimbangan politik sekitar referendum mengenai keahlian Britain di Eropah – undian pada 2017 tetapi dijangka akan datang pada tahun ini – telah memberati Sterling lebih awal daripada jangkaan mereka. “UK perlu keluar dari kebimbangan ‘Brexit’ sebelum Sterling kembali kukuh, tetapi apabila ianya berlaku, kenaikannya bakal menjadi besar,” menurut strategis mata wang HSBC.

Sterling meningkat berbanding Dollar dan Euro pada hari Jumaat, apabila pelabur juga kembali berselera untuk risiko selepas pasaran tenang, apabila minyak berhenti jatuh dan Bank Pusat Eropah memberikan isyarat untuk melonggarkan lagi dasar monetarinya pada bulan Mac ini.  Pada masa yang sama, data menunjukkan pinjaman kerajaan UK telah berkurangan pada bulan Disember, manakala perbelanjaan runcit mengalami kejatuhan tahunan terbesar dalam tempoh enam tahun. Ternyata data yang bercampur-campur tersebut tidak menghalang pelabur dan trader untuk terus membida Pound.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register