728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 25 Mac 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 25 Mac 2016

Pound Dollar melonjak lebih 125 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4182 sebelum menutup sekitar paras $1.4152; setelah jualan runcit UK dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  Namun, sentimen kenaikan kadar AS pada April dan isu ‘Brexit’ yang kini berada di ketegangan maksimum selepas letupan bom di lapangan terbang Belgium, menghadkan kenaikan Sterling.

Di pasaran UK, jualan runcit  dilaporkan jatuh pada bulan Februari ekoran cuaca sejuk yang menangguhkan pembelian pakaian musim bunga dan musim panas, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan UK semalam. Jualan bulanan menurun hanya 0.4% pada bulan Februari, mengatasi unjuran untuk 1.0% penurunan, selepas meningkat paling tinggi dalam lebih daripada dua tahun pada bulan Januari.

“Pembeli cenderung untuk menjadi takut berbelanja selepas jualan Januari, tetapi kebimbangan mendalam sekitar isu ‘Brexit’ mungkin membuat mereka berfikir dua kali sebelum berbelanja,” menurut Dennis de Jong, pengarah urusan di UFX.com. “Satu tarikan ialah cadangan George Osborne untuk membaik pulih sistem kadar perniagaan yang diumumkan semasa bajet minggu lalu, yang mempunyai potensi untuk memberi peruncit kecil bantuan yang amat diperlukan. Sama ada pengguna kembali berbelanja adalah satu perkara yang lain.” tambah beliau lagi.

telegram-moshed

Walau bagaimanapun, berbanding dengan bulan yang sama setahun yang lalu, jualan runcit melonjak 3.8% pada bulan Februari, melepasi anggaran kenaikan 3.5%, kerana kadar inflasi yang rendah dan peningkatan dalam pekerjaan menyokong perbelanjaan pengguna.

Chris Williamson, Ketua Ekonomi Markit berkata Bank of England (BoE) ingin melihat permintaan yang semakin meningkat, yang membolehkan peruncit untuk menaikkan harga ke paras yang lebih tinggi. BoE mensasarkan inflasi 2% tetapi data pada Selasa menunjukkan indeks harga pengguna tidak berubah pada 0.3% pada bulan Februari.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register