banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 25 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-011

Pound Dollar merudum lebih 130 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.4985 ke serendah 1.4840, sebelum menutup pada sekitar 1.4845; sekaligus menyebabkan kadar tukaran GBP|USD berada dibawah pivot mingguan pada sekitar 1.4910  UK mengecewakan pasaran, apabila laporan CPI keluar lebih rendah dari dari jangkaan dan sebelumnya, mengekang permintaan untuk Pound.

CPI tahunan UK dilaporkan pada 0.0% berbanding 0.1% jangkaan dan 0.3% pada sebelumnya.  CPI teras tahunan juga dilaporkan menyusut kepada 1.2% berbanding 1.3% jangkaan dan 1.4% pada sebelumnya.  Sebelum ini Gabenor Bank of England, Mark Carney telah pun memberi amaran, bahawa inflasi bakal menyusut; ekoran kejatuhan harga minyak mentah.  Namun begitu, menurut beliau ini hanyalah bersifat sementara.

telegram-moshed

Hari ini British Bankers Association bakal melaporkan “mortgage approval” yang meningkat dari 36,400 kepada 36,900 kelulusan.  Kelulusan pinjaman perumahan yang meningkat ini, menunjukkan perkembangan ekonomi yang lebih baik yang membolehkan rakyat membuat pinjaman bagi memiliki rumah.  Keadaan ini dilihat memihak kepada Pound, terutamanya dengan “durable goods orders” AS yang dijangka meleset dari 2.8% kepada 0.4%

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register