728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2016

Pound Dollar melonjak lebih 165 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4640 sebelum menutup sekitar paras $1.4630; setelah kebimbangan terhadap isu ‘Brexit’ berkurangan, dengan Pound yang mampu untuk memacu mantap berbanding Dollar AS yang kuat. Gabenor Bank of England (BoE) Mark Carney berkata semalam bahawa soalan tentang risiko UK keluar dari EU dalam Referendum yang akan datang pasti menguasai pasaran, tetapi mungkin lebih menyedarkan adalah pandangan pegawai-pegawai BoE terhadap laporan ekonomi UK yang terkini.

Di pasaran UK, satu tinjauan ORB untuk akhbar Daily Telegraph mendapati pengundi yang lebih tua, yang sebelum ini didapati menyokong meninggalkan Kesatuan Eropah, mula beralih.  Mereka yang berumur mula melihat risiko yang diwar-warkan oleh kerajaan sebelum ini tentang kesan ‘Brexit’ kepada pasaran pekerjaan, kenaikan harga barang akibat kejatuhan nilai Pound.

Sebelum daripada ini, kempen pro-keluar menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap sikap Bank of England yang berat sebelah dan tidak objektif dalam menjalankan dasar kewangan negara, apabila BoE memberi amaran bahawa memecahkan hubungan dengan EU boleh menimbulkan risiko kepada pekerjaan, menaikkan harga dan menyebabkan kejatuhan dalam pound.

telegram-moshed

The Financial Times melaporkan bahawa Gabenor Bank of England Mark Carney berkata, beliau tidak menjangka pembuat dasar untuk berkata apa-apa lagi yang lebih “ketara dan berbeza” terhadap potensi risiko Brexit kepada ekonomi UK, selepas Bank tersebut dikritik hebat tentang analisis yang diterbitkan pada awal bulan ini. Keputusan dasar MPC akan diumumkan pada 16 Jun depan, seminggu sebelum referendum ‘Brexit’ diadakan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register