banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 April 2016

Pound Dollar yang membuka dengan ‘gap-up’ Isnin semalam, susut ke paras terendah harian sekitar $1.4402 sebelum memacu naik semula lebih 115 pips, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4518, sebelum menutup sekitar paras $1.4478; setelah trader kini seolah-olah menjadi lebih terjamin dengan spekulasi undian ‘kekal’ dalam referendum ‘Brexit’ pada 23 Jun ini.

Reuters melaporkan pada hujung minggu bahawa Presiden Obama berkata bahawa Britain mungkin terpaksa menunggu satu dekad untuk perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat, jika ia mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah. Beliau menghabiskan sebahagian besar masanya di UK pada lewat minggu lalu, dengan menggesa rakyat Britain untuk kekal dalam EU, sambil menambah bahawa meninggalkan EU adalah satu kesilapan.

telegram-moshed

Sterling telah jatuh mendadak sejak isu referendum ‘Brexit’ mula memasuki dalam harga pasaran pada awal Disember lalu, dan beberapa bank-bank utama sebelum ini memberi amaran tentang krisis Sterling yang akan memandunya kepada serendah $1.20, jika Britain mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.  Dalam pada itu, pelabur bimbang bahawa defisit akaun semasa sebanyak 7% daripada GDP akan menyebabkan UK terdedah kepada aliran masuk modal asing, ekoran pembeli aset UK yang dihantui oleh ‘Brexit’.

Minggu lepas, Pound mendapat prestasi minggu terbaiknya dalam pertarungan sejak awal Mac, selepas kemungkinan kembali memihak kepada kempen untuk kekal dalam Kesatuan Eropah. Dari sekitar 37% pada awal minggu lepas, peluang Britain mengundi untuk meninggalkan EU pada referendum 23 Jun ini, jatuh kepada kira-kira 25%, menurut agensi pertaruhan Betfair.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register