728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar jatuh lebih 130 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5680 sebelum menutup sekitar paras 1.5685; setelah dolar kembali pulih apabila Bank of China bertindak menurunkan “interest rate” sebanyak 25 mata asas dan 50 mata asas bagi keperluan rizab bank-bank besar bagi menangani masalah kejatuhan pasaran.

Sebelum daripada itu, sterling pulih daripada paras satu bulan terendah berbanding dengan sekumpulan mata wang utama, dibantu oleh kenaikan kukuh berbanding euro, tetapi ia kurang berprestasi berbanding dolar ekoran pelabur tidak pasti tentang masa kenaikan kadar oleh Bank of England.

Pasaran matawang telah menolak keluar masa BoE akan menaikkan kadar kepada kira-kira suku ketiga tahun depan, berbanding awal 2016 apabila bank pusat menerbitkan laporan inflasi suku tahun, tiga minggu lalu. Kebimbangan kelembapan ekonomi meningkat sejak beberapa hari lalu selepas China menurunkan nilai mata wang dan data menunjukkan tanda-tanda kelemahan akan berlanjutan.

Bank pusat China bertindak balas dengan menurunkan kadar dan keperluan rizab semalam, tetapi memandangkan perubahan mendadak dalam pelbagai kategori aset dan keadaan global yang tidak menentu, pelabur mempersoalkan sama ada Fed dan BoE boleh menaikkan “interest rate’ dalam masa yang terdekat.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register