728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 Feb 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 Feb 2016

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 95 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.3995 ke serendah $1.3900, sebelum menutup sekitar paras $1.3960; setelah pasaran mula mengambil untung jualan untuk menutup buku dagangan bulan Februari, sebelum bercuti hujung minggu.

Di pasaran UK, ekonomi negara itu dilaporkan meningkat sebanyak 0.5% dalam tiga bulan terakhir 2015, sekaligus mengesahkan anggaran awal pertumbuhan KDNK (GDP) daripada Pejabat Statistik Kebangsaan. Namun ketika ini, ‘Brexit’ menjadi isu utama yang memberati Sterling dimana Perdana Menteri, David Cameron akan membawa warga Inggeris untuk referendum pada 23 Jun ini.

telegram-moshed

Beliau dan kumpulan penyokong untuk tetap menjadi sebahagian daripada EU berkata, keluar dari EU akan mengurangkan peluang-peluang perdagangan dan mengurangkan peranan London sebagai hab antarabangsa bagi perniagaan dan kewangan. Mereka yang menyokong untuk keluar pula mengatakan, UK akan lebih baik dan bebas daripada kuasa EU untuk mengawal selia perniagaan dan keperluan bagi menerima pendatang Eropah.

telegram-moshed

Pungutan suara baru-baru ini telah menunjukkan perbezaan yang luas, dengan YouGov pada 23 Februari memberi undi “keluar” mendahului dengan 1% mata, hanya sehari selepas kajian ComRes meletakkan “kekal” 12 mata di hadapan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register