banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-016

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.4310 ke serendah $1.4225, sebelum menutup sekitar paras $1.4245; setelah trend industri CBI UK dilaporkan meleset dari jangkaan. Jangkaan tempahan industri UK yang merosot kepada paras terendah dalam beberapa bulan, menjejaskan keyakinan pasaran terhadap prospek ekonomi negara itu.

Pound British merosot kepada paras terendah 2009 baru-baru ini, disebabkan oleh penurunan dalam pasaran minyak dan saham, dengan ekonomi UK yang masih tidak cukup kuat untuk menyokong kadar pertukaran yang lebih tinggi, namun, prospek penurunan nilai Pound masih boleh dipersoalkan. Dua institusi kewangan terbesar di Eropah, bank multinasional HSBC yang berpangkalan di UK, dan Deutsche Bank Jerman, menyusun dua senario berbeza secara drastik untuk prestasi Pound British pada 2016, selepas paras terendah dicapai dan membawa sentimen negatif ke dalam pasaran.

telegram-moshed

telegram-moshed

Hari ini Gabenor Bank of England Mark Carney bakal memberikan kenyataan kepada Jawatankuasa Jabatan Perbendaharaan UK tentang laporan kestabilan kewangan, dan sebarang komen negatif  boleh menjatuhkan semula nilai Pound. Dalam pada itu, Dollar AS akan melihat beberapa laporan berimpak tinggi AS, seperti keputusan kadar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang pertama untuk tahun 2016 pada awal pagi Khamis nanti.  Hari ini AS akan melaporkan data keyakinan pengguna yang dijangka naik sedikit dari 96.5 mata kepada 96.6 mata.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register