GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 Mar 2015

0 2

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-016

Pound Dollar melonjak lebih 120 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.4955, sebelum menyusut semula dan menutup pada sekitar 1.4880; sekaligus menyebabkan kadar tukaran GBP|USD sedikit berada di bawah pivot hari ini sekitar 1.4890 dan ‘ascending triangle chart pattern’ dapat dilihat dengan jelas di carta 1 jam, ketika artikel ini ditulis.  Pivot mingguan adalah sekitar 1.4915

Di pasaran UK, British Bankers Association melaporkan “mortgage approvals” yang lebih baik dari jangkaan, 37,300 berbanding 36,900 dan data sebelum ini juga dikemaskini kepada lebih baik, 36,500 berbanding 36,400 pada laporan sebelumnya.  Dengan “durable goods orders” Amerika Syarikat yang mengecewakan pasaran, dan sentimen ‘bearish’ Dollar, Pound dilihat terus mendapat permintaan baik.

Hari ini, United Kingdom bakal melaporkan “retail sales” tahunan yang dijangka meleset sebanyak 0.7% kepada 4.7% walaupun bancian dari Confederation of British Industry menunjukkan jangkaan yang melambung tinggi, 15 berbanding 1 pada sebelumnya.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka mengurang satu ribu pemohon kepada 290 ribu, berbanding sebelumnya.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa