Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-004

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5505 ke serendah 1.5455 sebelum menutup sekitar paras 1.5470, selepas kedua-dua pasaran Eropah dan AS bercuti. Dollar AS meningkat pada sesi Asia selepas data CPI teras AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan Jumaat lalu.

Kadar tukaran GBP|USD jatuh mendadak pada hari Jumaat, selepas kenaikan CPI teras AS yang lebih kukuh daripada jangkaan pada April, sekaligus menghidupkan semula spekulasi bahawa inflasi boleh mencapai sasaran Federal Reserve sebanyak 2% pada akhir tahun ini. Jika peningkatan ini berterusan, ia membolehkan Feds untuk menimbang semula kenaikan “interest rate” pada akhir tahun ini, sekaligus memacu permintaan untuk Dolar.

Kebanyakan daripada data ekonomi minggu lalu, mendorong ramai pelabur untuk menolak harapan untuk tindakan Feds kepada tahun depan. Tetapi angka CPI pada Jumaat mungkin menyebabkan ianya dipertimbangkan semula. Sebuah ekonomi AS yang kuat mungkin mendorong Feds untuk menaikkan “interest rate” lebih awal, yang akan membuatkan Dollar menjadi lebih menarik kepada para pelabur.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register