Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2016

Pound Dollar terus memacu naik untuk hari kedua Rabu semalam, lebih 120 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4728 sebelum menutup sekitar paras $1.4695; setelah tema “Brexit” terus menguasai pasaran. Harga telah mengukuh sejak minggu lalu selepas pungutan suara terus menunjukkan semakin banyak orang British yang suka untuk Britain kekal menjadi ahli Kesatuan Eropah.

Tinjauan terkini yang dijalankan oleh ORB Daily Telegraph menunjukkan bahawa kempen “kekal” sedang membina kelebihan besar dalam undian Brexit. 50% daripada responden berkata mereka menyokong untuk kekal dalam Kesatuan Eropah, berbanding hanya 42% yang berkata mereka mahu meninggalkan EU. Referendum sebenar akan diadakan pada hari Khamis 23 Jun depan.

Kejatuhan tajam oleh Pound pada awal tahun ini meletakkan banyak pelabur di sebelah jualan pasaran. Ia datang apabila idea tentang keluar dari Kesatuan Eropah mula diperkenalkan. Kemudian pengumuman referendum dibuat dan ini memburukkan keadaan. Namun, ia kini kelihatan seolah-olah Britain mahu kekal sebagai ahli EU dan kontrak jualan perlu keluar dari pasaran.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!