728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 27 Apr 2015

Carney and UK Bank of England

Pound Dollar terus memacu naik lebih 150 pips Jumaat lalu, dari paras terendah harian sekitar 1.5025, sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.5185; apabila Pound mula mendapat sokongan belian terkesan dari komen-komen positif Bank of England dalam minit mensyuaratnya yang terbaru, walaupun terdapat risiko politik ekoran Britain yang bakal berdepan dengan pilihan raya umum 7 Mei ini.

‘Hedge Fund’ dikatakan adalah antara mereka yang membeli Sterling, yang berada pada landasan untuk kenaikan 1% pada minggu lepas dan kenaikan terbesar dalam masa dua minggu berbanding Dollar, sejak selepas keputusan pilihan raya umum Britain pada lima tahun yang lalu.

Boris Schlossberg daripada BK Asset Management berkata, kenaikan Pound berpunca dari minit mesyuarat Bank of England pada 9 April, yang menunjukkan dua daripada sembilan ahli jawatankuasa dasar monetari, condong ke arah kenaikan “interest rate”.  Di pasaran ekuiti UK, index FTSE 100 menutup lebih tinggi minggu lalu, sekitar 7,058 mata, menunjukkan pasaran yang optimis dengan ekonomi Britain.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register