Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 27 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 27 April 2016

Pound Dollar terus memacu naik untuk hari ketiga Selasa semalam, lebih 160 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4638, sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras $1.4578; setelah lebih banyak pemilihan menunjukkan momentum untuk undi ‘kekal’ pada 23 Jun ini. Dollar Amerika Syarikat juga jatuh menjelang mesyuarat FOMC awal pagi esok.

Seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, NCP mengira sekitar 20% kemungkinan bahawa Britain akan mengundi untuk meninggalkan EU pada bulan Jun – angka yang datang dari jumlah keputusan undian dan analisis pilihan pengundi sebelumnya. Pengiraan tersebut dihasilkan oleh penulis blog politik, Matt Singh. Pelabur bertindak ‘bullish’ terhadap Pound sebagai sebagai reaksi kepada laporan tersebut.

Walau bagaimanapun, pelabur Sterling menjadi berhati-hati apabila lebih 10,000 pekerjaan telah diletakkan pada risiko. Franchise kedai runcit UK, British Home Stores (BHS) mengumumkan bahawa ia akan memasuki fasa penstrukturan semula. Ini berikutan khabar angin bahawa syarikat itu telah menghadapi isu-isu kewangan, serta percubaan yang gagal untuk menjual atau bertukar kedai dengan syarikat-syarikat lain, demi untuk memastikan perniagaan mereka terselamat.

BBC melaporkan bahawa bakal pembeli telah dimatikan oleh defisit pencen BHS sebanyak £571 juta, dan tiada pembeli yang akan menerima defisit sebagai sebahagian daripada perjanjian penjualan. Dengan sejumlah besar wang pencen yang tidak mungkin diselamatkan dan hampir 11,000 peluang pekerjaan terancam, pelabur kini semakin berhati-hati terhadap Pound.

Hari ini United Kingdom bakal melaporkan angka GDP suku pertama 2016 yang dijangka menurun dari 0.6% kepada 0.4%.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan stok komersil minyak mentah yang dijangka bertambah sebanyak 1.4 juta tong, berbanding pertambahan sebanyak 2.1 juta tong pada minggu lepas.  Jualan rumah dalam pembinaan dijangka turun dari 3.5% kepada 0.3%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register