728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 27 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-017

Pound Dollar melonjak lebih 190 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4365 sebelum menutup sekitar paras $1.4345; setelah pasaran memberikan reaksi kepada komen ketua pasukan ahli ekonomi Bank of England, Andy Haldane yang mengatakan ekonomi UK berkembang dengan stabil, dan walaupun ianya mungkin perlahan, tetapi tidak dijangka untuk kembali menguncup.

Dalam pada itu, Gabenor BoE Mark Carney dalam keterangan kepada Perbendaharaan Britain semalam, ketika ditanya oleh jawatankuasa penggubal undang-undang UK, sama ada pihak media telah mentafisrkan ucapan pertama beliau tahun ini dengan betul; beliau berkata BoE tidak mempunyai jadual waktu untuk menaikkan kadar, Carney berkata: “Rasa saya laporan media adalah betul dalam mengenal pasti syarat-syarat yang diperlukan bagi kenaikan kadar, dan syarat-syarat itu masih belum dipenuhi…,” katanya.

telegram-moshed

telegram-moshed

Spekulasi kenaikan pertama kadar dari Bank of England telah surut pada suku keempat tahun lalu, kali kedua dalam tempoh tiga minggu dimana penganalisis telah menolak ke belakang ramalan mereka, menurut satu tinjauan Reuters semalam. Tinjauan hampir 60 pakar ekonomi itu dibuat seminggu selepas Gabenor Mark Carney, yang pada musim panas tahun lalu mencadangkan  bahawa keputusan mengenai masa untuk memulakan kenaikan kadar, mungkin akan menjadi jelas pada awal tahun 2016, dan kini bukanlah masa yang sesuai.

Kadar Bank of England telah berada pada rekod terendah sebanyak 0.5% selama hampir tujuh tahun. Bancian Reuters itu melaporkan kenaikan pertama, sebanyak 25 mata asas akan datang selepas September, kemungkinan besar pada bulan November.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register