728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 27 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-003

Pound Dollar terus merudum lebih 115 pips sepanjang 3 sesi dagangan Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5475 hingga mencapai paras terendah sekitar 1.5355 sebelum menutup sekitar paras 1.5385; setelah Dollar terus menerima permintaan ekoran kenyataan Presiden Federal Reserve Janet Yellen bahawa kenaikan “interest rate” pada tahun ini adalah sesuatu yang dijangkakan.

Pound Dollar menghampiri paras tertinggi dalam masa 7 tahun pada minggu lepas, setelah disokong oleh data ekonomi mantap yang mengukuhkan pandangan bahawa ekonomi British telah mengatasi saingannya. Data Jumaat lalu menunjukkan defisit bajet sektor awan Britain, mengecil lebih daripada yang dijangkakan pada bulan April. Pinjaman bersih sektor awam, tidak termasuk bank-bank negeri, berjumlah £6.8 bilion pada bulan April, turun hampir 27% daripada setahun yang lalu.

Namun, Dollar AS terus memacu naik di sesi Eropah setelah dicetuskan oleh komen Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen, bahawa beliau menjangka Feds akan menaikkan “interest rate” pada tahun ini. Sterling terus menurun berbanding Dollar AS yang kukuh, selepas CPI teras Amerika Syarikat dilaporkan lebih kukuh daripada jangkaan; sekaligus menghidupkan semula spekulasi bahawa inflasi boleh mencapai 2% seperti sasaran Federal Reserve pada akhir tahun ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register