728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 27 Mei 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 27 Mei 2016

Pound Dollar susut lebih 95 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4640 sebelum menutup sekitar paras $1.4665; setelah Pound hilang permintaan apabila laporan pelaburan perniagaan UK keluar mengecewakan.  Laporan GDP UK keluar sedikit bercampur-campur, tetapi pasaran lebih memberikan perhatian kepada keputusan terkini pungutan suara undian ‘Brexit’ menjelang referendum pada 23 Jun depan.

Di pasaran UK, pertumbuhan ekonomi suku pertama 2016 dilaporkan menurun kepada 0.4% daripada 0.6% pada suku keempat 2015.  Walau bagaimanapun angka tersebut adalah sejajar dengan anggaran pertama sebanyak 0.4% yang dilaporkan pada bulan lepas.  Namun, angka tahunan telah disemak lebih rendah daripada 2.1% kepada 2% akibat daripada anggaran terbaru itu.

Pada masa yang sama, pelaburan perniagaan UK dilaporkan bertambah baik dengan peningkatan kepada -0.5% daripada -2.0% pada suku terakhir tahun lepas.  Pasaran menjangkakan angka yang lebih baik dengan kenaikan kepada 3.2%.  Menurut Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) UK, angka lemah itu adalah akibat kejatuhan dalam pembinaan bangunan komersil, sekaligus menunjukkan syarikat dan firma kini lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan baru.

telegram-moshed

Dengan referendum keahlian UK dalam EU yang hanya empat minggu lagi, para pelabur dan trader semakin bimbang.  Harga opsyen untuk mengimbang turun naik tidak menentu nilai Pound gara-gara ‘Brexit’ semakin meningkat semalam, mencapai paras tertinggi sejak Mac 2009.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register