banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 27 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-020

Pound Dollar masih berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 65 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5130 ke serendah 1.5065, sebelum menutup sekitar paras 1.5100; setelah spekulator mula mengkaji pemotongan bajet Chanselor George Osborne dan kesannya terhadap ekonomi UK.  Pasaran Amerika Utara bercuti sempena “Thanksgiving”.

Di pasaran UK, kelulusan gadai janji dilaporkan meningkat pada bulan Oktober dan pinjaman gadai janji kasar mencapai paras tujuh tahun tertinggi, menurut Persatuan Bank-bank British semalam. Jumlah pinjaman yang diluluskan pada Oktober meningkat kepada 45,437 permohonan daripada 44,825 permohonan pada bulan September. Ia juga lebih baik daripada jangkaan sebanyak 44,500.

telegram-moshed
telegram-moshed

Di pasaran Amerika Syarikat, Jabatan Perdagangan AS mengeluarkan satu laporan yang menunjukkan bahawa pesanan baru untuk barangan tahan lama telah meningkat lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Oktober.  Pesanan melonjak sebanyak 3.0% pada Oktober selepas dikemaskini lebih rendah kepada 0.8% pada bulan September. Ahli ekonomi menjangkakan ianya meningkat sebanyak 1.5% berbanding dengan penurunan 1.2% yang telah dilaporkan pada bulan sebelumnya.

Hari ini United Kingdom bakal melaporkan anggaran kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi suku ketiga, yang dijangka kekal tidak berubah pada 0.5%.  Pada masa yang sama, pelaburan perniagaan UK pula dijangka turun dari 1.6% kepada 1.5%.  Tiada sebarang laporan ekonomi dari Amerika Syarikat hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register