Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 27 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-016

Pound Dollar melonjak lebih 70 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5380 sebelum menutup sekitar paras 1.5350; setelah Dollar AS lemah lantaran jualan rumah baru yang merosot ke paras terendah dalam setahun sejak Nov 2014.

Di pasaran UK, jumlah pinjaman yang diluluskan oleh bank-bank British pada bulan September, jatuh kepada paras terendah sejak Mei, dengan kekurangan jualan rumah di pasaran dipersalahkan.  Persatuan Bank-Bank British (BBA), berkata kelulusan gadai janji untuk pembelian rumah, jatuh kepada empat bulan terendah sebanyak 44,489 permohonan pada bulan September – walaupun mereka kekal 14% pada bulan yang sama tahun lalu.  Pinjaman kasar gadai janji pada bulan Ogos adalah sebanyak £12.1 bilion. Ini adalah 17% lebih tinggi daripada tahun yang lalu.

Sementara itu, pinjaman kad kredit dan pinjaman peribadi serta overdraf menurun dari Ogos hingga September, menurut laporan itu.  Howard Archer, Ketua Ekonomi Eropah dan UK di IHS Global Insight, mencadangkan penurunan dalam kelulusan gadai janji pada bulan September mencerminkan pandangan bahawa kenaikan kadar dalam jangka masa terdekat kelihatan kurang mungkin.

“Kemungkinan kelulusan gadai janji telah meningkat pada bulan lalu kerana sejumlah besar pembeli rumah sedang mencari dengan cepat untuk cuba mendapatkan kadar gadai janji yang rendah sebelum ianya mula meningkat. Namun, ia juga mungkin bahawa kelulusan gadai janji yang lebih rendah pada bulan September, adalah satu tanda bahawa aktiviti pasaran perumahan sedang dikekang oleh kekurangan rumah di pasaran.” tambah beliau lagi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register