banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 28 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-004

Pound Dollar terus jatuh lebih 130 pips Khamis semalam, untuk hari ketiga berturut-turut dan mencapai paras terendah harian sekitar 1.5370 sebelum menutup sekitar paras 1.5400; walaupun pengumuman HPI tahunan UK memenuhi jangkaan. Dolar sedikit naik sehingga semalam, mengimbangi pergerakan pound.

Sterling berlegar berhampiran paras tiga minggu terendah berbanding dolar semalam, dengan pelabur tidak pasti mengenai masa Bank of England akan menaikkan “interest rate”, memandangkan ketidaktentuan dalam pasaran saham global.

telegram-moshed

Dengan pasaran kewangan global yang kembali tenang, sebahagiannya disebabkan oleh pengaruh pembuat dasar Feds, William Dudley yang berkata bahawa kadar AS akan kekal rendah untuk lebih lama; sterling telah mengatasi prestasi mata wang berkadar rendah seperti euro dan yen yang lebih selamat.

Tumpuan kini beralih kepada satu persidangan tahunan di Jackson Hole, Wyoming, yang dihadiri oleh kebanyakan bank-bank pusat utama dunia. Gabenor BoE Mark Carney adalah antara ahli panel pada simposium hari Sabtu di mana dinamik inflasi global akan dibincangkan.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register