728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 28 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-009

Pound Dollar yang meningkat lebih 55 pips sepanjang sesi Asia Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5435; kembali merudum lebih 130 pips, sepanjang sesi Eropah untuk mencapai paras terendah sekitar 1.5300; sebelum mendapat sokongan belian pada lewat petang New York dan menutup sekitar paras 1.5350

Ketiadaan data ekonomi dari UK sehingga hari ini, menyebabkan Pound kehilangan pemangkin untuk terus mendapat sokongan belian. Khamis minggu lepas, Pound menerima suntikan permintaan, apabila data menunjukkan jualan runcit British meningkat lebih kukuh daripada yang dijangkakan, pada bulan April. Mata wang Queen itu malangnya telah kehilangan sokongan awal minggu ini, apabila inflasi UK jatuh di bawah sifar pada bulan April, untuk kali pertama dalam 55 tahun.

telegram-moshed

“Selain daripada risiko inflasi, tinjauan ekonomi UK adalah sangat memberansangkan dan ini adalah sangat menarik kepada trader,” kata Jameel Ahmed, ketua strategi pasaran FXTM. “Terdapat kebimbangan bahawa pemulihan ekonomi UK terlalu bergantung kepada sektor perumahan. Tetapi pengguna kini menjana pemulihan UK dengan cara yang berbeza, dengan gabungan inflasi yang rendah dan kenaikan gaji yang merangsang jualan peruncit.”

Timbalan Gabenor Bank of England berkata dia melihat tanda-tanda yang memberansangkan dari data gaji dan pasaran buruh, dan sebab-sebab kejatuhan inflasi Britain dijangka tidak bertahan lama.  Hari ini Pound bakal mengetahui nasib seterusnya apabila anggaran GDP UK dilaporkan. Pasaran menjangkakan kenaikan 0.4% daripada 0.3% sebelumnya.

[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://moshed.com/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register