728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 28 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-017

Pound Dollar susut lebih 75 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5280 sebelum menutup sekitar paras 1.5295; setelah laporan KDNK (GDP) UK meleset dari jangkaan, sekaligus mengejutkan pasaran kerana ramai penganalisis menjangkakan laporan yang lebih baik daripada jangkaan. Ekonomi British dilaporkan meningkat sebanyak 0.5% berbanding dengan tiga bulan sebelumnya.

Dalam konteks prospek ekonomi global yang telah suram sedikit dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ia adalah angka yang stabil. Ianya lebih perlahan daripada kadar pertumbuhan 0.7% dalam tempoh sebelumnya, tetapi tidaklah terlalu rendah.  Pada masa yang sama, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara sektor. Industri perkhidmatan berkembang agak kuat, manakala pembuatan dan pembinaan kembali susut. Untuk pembuatan ia adalah penurunan ketiga berturut-turut.

telegram-moshed

telegram-moshed

Untuk tempoh yang lebih lama sedikit, sesungguhnya ada cerita yang baik mengenai ekonomi British. Terdapat pertumbuhan yang agak baik, pengangguran dan inflasi yang rendah.  Namun terdapat penganalisis yang mengatakan bahawa inflasi UK sebenarnya adalah terlalu rendah, dengan pendapatan purata pada tahap sekitar sebelum krisis kewangan dan terdapat masalah yang berterusan dalam penambahbaikan produktiviti.

Bilangan orang yang mempunyai pekerjaan adalah pada paras yang tinggi, melebihi 31 juta. Kira-kira 74% daripada penduduk yang berumur antara 16 hingga 24 tahun berada dalam pasaran buruh. Beberapa negara Eropah boleh mengalahkan angka itu, termasuk Jerman, tetapi ia adalah lebih tinggi daripada angka Amerika Syarikat. Kadar pengangguran di UK adalah rendah – pada 5.4% daripada tenaga kerja buruh.  Angka pengangguran adalah lebih rendah untuk Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat, tetapi kadar British masih baik berbanding dengan banyak negara maju lain, termasuk Perancis, Itali dan Kanada.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register