728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 28 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-012

Pound Dollar terus merudum untuk hari ke-enam berturut-turut, lebih 120 pips Jumaat lalu untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5135 sebelum menutup sekitar paras 1.5185; setelah permintaan untuk dollar AS terus meningkat selepas ucapan Pengerusi Feds Janet Yellen bahawa kadar AS akan tetap dinaikkan pada lewat tahun ini terutamanya jika pasaran buruh terus kukuh dan inflasi menghampiri sasaran 2%.

Di pasaran UK, sterling merudum sekitar 2% minggu lalu, ekoran para pelabur yang bertaruh bahawa Bank of England akan menunggu sehingga separuh kedua tahun depan, sebelum meningkatkan kadar pinjaman asas Britain.  BoE dijangka menjadi bank pusat kedua selepas Feds AS dalam menaikkan kadar dari paras terendah dalam sejarah kewangan mereka.

Tetapi dengan inflasi UK yang terperangkap sekitar sifar, dan dengan Feds AS yang mengekalkan kadar dua minggu lalu serta menurunkan ramalan pertumbuhan; BoE pastinya tidak akan tergesa-gesa untuk menaikkan kadar.  Timbalan Gabenor BoE Ben Broadbent berkata kepada Reuters, bahawa beliau tidak berminat untuk mengundi menaikkan kadar, dan kos buruh di Britain perlu berkembang lebih cepat untuk membolehkan inflasi kembali kepada sasaran bank.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register