728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 29 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 29 April 2016

Pound Dollar merangkak naik Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar $1.4522 ke setinggi 1.4622, sebelum menutup sekitar paras $1.4603; setelah keputusan bancian ‘Brexit’ menunjukkan kempen ‘kekal’ kini bertambah mendapat sokongan dan terus mendahului kempen ‘keluar’ dengan perbezaan yang ketara.  Pada masa yang sama, laporan GDP Amerika Syarikat yang meleset dari jangkaan menyebabkan Dollar kehilangan sokongan belian.

Di pasaran UK, berita melaporkan bahawa selepas lawatan Presiden Amerika Syarikat menghadiri kempen ‘Brexit’ Jumaat lalu, peratus sokongan kepada kempen ‘kekal’ dalam EU melonjak dari 65% kepada 73%.  Presiden Obama yang menyokong UK kekal dalam EU mengatakan keluar dari EU adalah satu kesilapan dan Britain mungkin perlu menunggu 10 tahun lagi untuk mendapat perjanjian dagangan bersama AS, sekiranya ia keluar dari EU.

telegram-moshed

Walaupun reaksi kepada pemilihan minggu ini juga telah menyaksikan pemulihan Sterling yang lebih kuat berbanding Euro, pakar bank Investec memberi amaran bahawa pelabur “perlu berhati-hati di dalam tafsiran terhadap pungutan suara”, lapor akhbar Ireland Independent. Menurut Reuters pula, Sterling meningkat berbanding Dollar yang lebih lemah, mara ke arah paras tertinggi dalam 12 minggu selepas jangkaan meningkat bahawa Federal Reserve AS tidak mungkin menaikkan kadar dalam masa terdekat.

telegram-moshed

Namun, kenaikan dalam Pound ini mungkin akan dihadkan selepas satu tinjauan semula YouGov bagi akhbar Times menunjukkan bahawa kempen untuk Britain keluar dari Kesatuan Eropah telah kembali mendapat sokongan. Kaji selidik dalam talian yang diambil pada hari Isnin dan Selasa menunjukkan sokongan bagi kempen “Keluar” telah meningkat 3% kepada 42%, sejak kaji selidik yang sama pada April 12-14. Manakala sokongan bagi kempen “Kekal” telah meningkat 1% kepada 41%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register