Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 29 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-020

Pound Dollar melonjak lebih 170 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4405 sebelum menutup sekitar paras $1.4355; setelah data GDP UK memenuhi jangkaan dan mengejutkan trader yang kebanyakannya berfikir ianya akan meleset.  Pada masa yang sama, komen FOMC Federal Reserve AS yang negatif, menyebabkan Dollar lemah, sekaligus memberikan sokongan belian untuk matawang utama lain.

Di pasaran UK, Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dilaporkan berkembang sebanyak 0.5% dalam tempoh tiga bulan dari Oktober hingga Disember, berbanding suku tahun sebelumnya, sejajar dengan jangkaan daripada penganalisis yang dibanci oleh Reuters. Tahun-ke-tahun, ekonomi  UK berkembang 1.9%, yang merupakan perkembangan paling rendah sejak suku pertama 2013. Chris Williamson dari firma penyelidikan Markit berkata: “kenaikan tersebut tidak menggambarkan ekonomi yang tidak seimbang dan semakin perlahan, dengan kadar pertumbuhan tahunan yang tergelincir ke yang tahap terendah selama hampir tiga tahun.

telegram-moshed

Pada masa yang sama, ketidakpastian atas ‘Brexit’, pertumbuhan luar negara yang lemah dan turun naik pasaran kewangan; semuanya mewujudkan persekitaran perniagaan yang tidak menyenangkan dan menunjukkan kepada ekonomi yang berisiko pada 2016. Penganalisis menjangka tahun 2016 akan menyaksikan kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan daripada pengembangan tahun lepas sebanyak 2.2%, dan peluang yang semakin meningkat untuk satu lagi tahun di mana kadar akan dikekalkan pada rekod yang rendah sebanyak 0.5%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register