Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 29 Mac 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 29 Mac 2016

Pound Dollar melonjak lebih 160 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4282 sebelum menutup sekitar paras $1.4253; dalam dagangan tipis ekoran pasaran utama, termasuk Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, masih ditutup sempena ‘Good Friday’ dan ‘Easter Sunday’.

Sebelum itu, Pound mengalami kejatuhan besar minggu lalu dan seolah-olah baru pulih semalam. Pilihan raya untuk Brexit semakin sengit dengan perbezaan undi yang ketat antara kedua kem ‘In’ dan ‘Out’. Beberapa ahli ekonomi dan institusi kewangan telah menyatakan kebimbangan bahawa keluar daripada EU akan melemahkan pertumbuhan ekonomi UK dan Pound.

Tindakan dalam pasaran ‘opsyen’ menunjukkan “bahawa kebimbangan terhadap Brexit semakin meningkat,” dan pelabur mencari perlindungan, menurut Marc Chandler, ketua strategi matawang global di Brown Brothers Harriman dalam satu nota kepada pelanggan semalam. “Ia memberi amaran bahawa pembetulan menaik yang dilihat Sterling dilihat bulan ini sehingga akhir minggu lepas telah berakhir. Kejatuhan baru perlu dijangkakan.” tambah beliau lagi.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!