GBPUSD Analisa Fundamental Harian 29 Mei 2015

0 5

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound Dollar terus merudum lebih 120 pips Khamis semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5260 sebelum menutup sekitar paras 1.5305; selepas laporan GDP UK meleset dari jangkaan. Bacaan kedua Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) menemui bahawa ekonomi UK meningkat sebanyak hanya 0.3% pada suku pertama tahun ini, tahap pertumbuhan paling perlahan sejak suku ke-4, 2012 dan selari dengan anggaran awal. Angka terkini datang mengecewakan, kerana pakar ekonomi telah meramalkan semakan menaik sedikit kepada 0.4%.

Kejatuhan itu telah dipersalahkan atas kegusaran di seluruh pasaran dalam jangka masa sehingga pilihan raya umum UK, ekoran ketidaktentuan keputusan pilihan raya memberi kesan kepada ekonomi.

Di pasaran Amerika Syarikat pula, bilangan rakyat Amerika Syarikat yang memohon bantuan pengangguran buat kali pertama, dilaporkan meningkat kepada 282 ribu berbanding 271 ribu jangkaan. Data 275 ribu pemohon pada minggu sebelumnya, dikemaskini kepada lebih rendah 274 ribu.  Pada masa yang sama, mereka yang masih mendapat bantuan pengangguran bertambah 10 ribu, dari 2.21 juta kepada 2.22 juta, meleset dari jangkaan tidak berubah oleh para penganalisis.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa