Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 3 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-003

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 90 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 1.4870 ke serendah 1.4775; sebelum menutup pada sekitar 1.4830, sekaligus meletakkan kadar tukaran GBP|USD untuk terus berada di bawah pivot mingguan – 1.4890

Di pasaran United Kingdom, laporan “PMI constructions” UK dilaporkan meleset dari jangkaan, 57.8 berbanding 59.5, malah lebih buruk dari 60.10 pada sebelumnya.  Walau bagaimanapun, secara keseluruhan sektor perkilangan UK berkembang pada kadar terpantas dalam masa 8 bulan pada laporan March lalu; namun sekali lagi para pelabur, pengurus dana dan pedagang lebih terkesan dengan risiko politik apabila UK bakal berdepan dengan pilihanraya umum bulan depan.

Hari ini pasaran UK bercuti sempena ‘Good Friday’ dan pasaran matawang dijangka dalam dagangan tipis. NFP Amerika Syarikat dijangka dilaporkan meleset dari sebelumnya, 244 ribu berbanding 295 ribu tambahan pekerja.  Kadar pengangguran AS pula dijangka stabil pada 5.5% dan tiada sebarang data ekonomi dari UK hari ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!