Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 3 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-008

Pound Dollar meningkat lebih 120 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5680 sebelum menutup sekitar paras 1.5620; selepas para pelabur dan pengurus dana mula menumpukan perhatian kepada mesyuarat “interest rate” Bank of England minggu ini.  Pasaran terus dalam spekulasi kenaikan “interest rate” UK seawal suku pertama 2016 dan memerhatikan mesyuarat MPC BoE untuk sebarang klue dan sentimen.

Bank of England (BoE), dijangka menaikkan kadar sekitar awal tahun depan. Jawatankuasa dasar monetari BoE (MPC) bakal bertemu Khamis ini; dan buat kali pertama pada masa yang sama akan menerbitkan keputusan mengenai “interest rate”, pecahan undi bersama-sama dengan ringkasan perbahasan mereka, dan ramalan suku tahunan bagi ekonomi Britain, termasuk inflasi.

Tiada perubahan kadar faedah dijangka, walaupun undi boleh menunjukkan perpecahan pertama di kalangan sembilan anggota MPC tahun ini. Ada yang menjangka bahawa sehingga tiga ahli akan mengundi untuk kenaikan “interest rate” segera.  Walaupun pound yang kuat memberi kesan kepada eksport, pakar ekonomi berkata prospek ekonomi UK adalah kukuh untuk sepanjang tahun ini.

Satu kajian oleh kumpulan perniagaan menunjukkan keluaran dalam negara kasar (GDP) UK meningkat 0.7% dalam tempoh tiga bulan hingga Julai, meningkat daripada 0.4% pada suku pertama. Bilangan firma yang melaporkan pertumbuhan dalam tiga bulan yang lalu, meningkat daripada 14% kepada 20%; sekaligus menunjukkan sentimen pasaran dan perniagaan di UK yang semakin baik.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register