banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 3 Mac 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 3 Mac 2016

Pound Dollar terus memacu naik untuk hari ketiga Rabu semalam, lebih 175 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4095 sebelum menutup sekitar paras $1.4075; setelah keadaan teknikal terlebih jual menggalakkan belian spekulatif dan pengambilan untung. Pada masa yang sama, dengan referendum ‘Brexit’ yang semakin menghampiri, kajian semasa menunjukkan bahawa 60% rakyat UK mahu kekal dalam EU berbanding dengan 30% yang memilih untuk keluar. 10% lagi berada di atas pagar.

Keputusan kajian ini sedikit sebanyak membantu sokongan belian untuk Sterling, atau sekurang-kurangnya menggalakkan ‘short-covering’ atau pengambilan untung. Penganalisis di AFEX, penyedia pembayaran antarabangsa, telah mengatakan bahawa ia tidak mengejutkan untuk melihat, “sekurang-kurangnya pemberhentian sementara terhadap tekanan jualan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, memandangkan kadar tukaran yang telah jatuh jauh sejak awal 2016.”

telegram-moshed

Hari ini UK bakal melaporkan PMI perkhidmatan yang dijangka berkurang dari 55.6 mata kepada 55.1 mata.  AS pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka berkurang dari 272 ribu kepada 271 ribu serta PMI perkhidmatan yang dijangka menurun dari 53.5 mata kepada 49.8 mata.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register