728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 3 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-003

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 90 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5495 ke serendah 1.5405, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; walaupun data UK menunjukkan bahawa aktiviti perkilangan Britain berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh 16 bulan pada bulan Oktober, sekaligus mengukuhkan prospek pertumbuhan untuk suku keempat 2015.

Markit berkata indeks pembuatan pengurus pembelian UK melonjak kepada 55.5 bulan lepas daripada 51.8 pada bulan September. Ahli ekonomi menjangkakan semakan turun ke 51.3.  Laporan itu menunjukkan bahawa ekonomi UK boleh berkembang dua kali lebih cepat dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ini, seperti yang berlaku pada suku ketiga.

telegram-moshed

“Kaji selidik itu adalah selaras dengan kadar pertumbuhan suku tahunan sekitar 1%, satu peningkatan yang besar terhadap apa yang telah kita lihat dalam beberapa bulan kebelakangan ini,” menurut Rob Dobson, ahli ekonomi kanan di Markit.  “Kebangkitan semula jualan di luar negara merupakan satu aspek yang amat menggalakkan, sekaligus membantu untuk menghilangkan kebimbangan bahawa permintaan global merosot dan ianya satu petanda yang baik untuk prospek masa depan ekonomi UK.” tambah beliau lagi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register