Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 30 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-018Pound Dollar merudum lagi Isnin semalam, hampir 80 mata untuk jatuh ke paras terendah harian sekitar 1.5505 selepas pengucupan GDP UK menandakan Bank of England bakal terus mengekalkan “interest rate” sedia ada.  Tambahan lagi, permintaan untuk Dollar meningkat lantaran krisis geo-politik di Greece dan spekulasi pasaran akan kenaikan “interest rate” oleh Federal Reserve AS seawal April depan.

Kadar inflasi yang rendah di UK juga mendorong pasaran mengubah jangkaan kenaikan “interest rate” UK kepada 2016, walaupun kenaikan itu dilihat hanya mampu melonjakkan Pound kepada 1.6000 berbanding Dollar.  Dengan suasana ekonomi sekarang, Pound Dollar dijangka terus merudum ke serendah 1.4300 pada 2015 menurut penganalisa di Barclays.  Index FTSE UK yang berada dalam dagangan tipis minggu lalu ekoran cuti Krismas, dijangka berterusan sehingga tahun baru dan sedang menuju “downtrend”.

Hari ini “nationwide HPI” UK dijangka stabil pada 0.3% dan “consumer confidence” AS dijangka bertambah baik dari 88.7 kepada 94.6 dan ini dilihat bakal terus melemahkan nilai tukaran GBP|USD.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register