728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 30 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-012

Pound Dollar yang meningkat lebih 95 pips pada sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah, kembali merudum dibawah pembukaan, sekitar 1.5615 sebelum menutup sekitar paras 1.5595; selepas mesyuarat FOMC Federal Reserve AS menyatakan bahawa ekonomi dan pasaran pekerjaan kuasa ekonomi terbesar dunia itu sudah cukup kuat untuk kenaikan “interest rate” seawal mesyuarat FOMC yang akan datang pada September.

Dalam pada itu di pasaran UK, data menunjukkan ekonomi British meningkat pada suku kedua, menyokong pandangan bahawa Bank of England boleh mula menaikkan kadar faedah pada bulan-bulan yang akan datang.  GDP berkembang 0.7% pada suku tahun dalam tempoh April hingga Jun – selaras dengan ramalan – selepas pengembangan suku pertama 0.4% dan output suku kedua adalah 2.6% lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, juga sejajar dengan jangkaan.

IMF berkata Pound adalah antara 5% ke 15% “di atas tahap konsisten dengan asas dan tetapan dasar yang wajar” pada akhir 2014.  Ia berkata prospek kenaikan “interest rate” di UK telah melihat Sterling meningkat sekitar 6.5% berbanding sekumpulan mata wang utama pada tahun ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register