728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 30 Mac 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 30 Mac 2016

Pound Dollar jatuh lebih 65 pips pada sesi Asia Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4195, sebelum memacu naik lebih 205 pips untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $1.4380; setelah para trader memberikan reaksi kepada Gabenor BoE Mark Carney dan Pengerusi Feds Janet Yellen. Bank of England berkata bahawa risiko sekitar referendum Britain di Kesatuan Eropah boleh menaikkan kos pinjaman dan melemahkan Sterling, dan mengetatkan peraturan untuk pinjaman gadai janji kepada tuan tanah.

Bank Pusat England itu berkata tinjauan bagi kestabilan kewangan semakin buruk sejak laporan pada bulan November tahun lepas, dan BoE juga sedang bergerak ke hadapan dengan rancangan untuk memerlukan bank-bank seluruh England untuk memegang modal tambahan bagi menghadapi pertumbuhan pinjaman yang mula meningkat.

telegram-moshed

Menurut Jawatankuasa Dasar Kewangan BoE, prospek bagi kestabilan kewangan di United Kingdom telah merosot, risiko dalam negeri telah bertambah dengan risiko sekitar referendum EU. Britain akan mengadakan referendum pada 23 Jun ini sama ada untuk kekal dalam EU. BoE telah mengumumkan sebelum ini tentang pelan kontingensi jika berlaku ketidakstabilan kewangan, walaupun ia telah menjauhi cadangan sama ada Britain perlu kekal atau keluar dari EU.

telegram-moshed

Dalam pada itu, Menteri Kewangan Britain, George Osborne memberitahu Parlimen bahawa beliau besar kemungkinan untuk memberi kuasa untuk campur tangan secara langsung dalam pinjaman beli-sewa, seawal dalam tahun ini, dan Kementerian Kewangan England boleh mencadangkan bank-bank untuk mengambil tindakan lebih awal.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register