728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 30 Mei 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 30 Mei 2016

Pound Dollar susut untuk hari kedua Jumaat lalu, jatuh lebih 80 mata untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4605 sebelum menutup sekitar paras $1.4620; setelah permintaan untuk Dollar AS kembali terkesan dari peningkatan sentimen kenaikan kadar AS seawal Jun depan, dengan laporan terbaru ekonomi AS yang semakin mantap, bersama komen-komen beberapa Presiden Feds yang aggresif.

Di pasaran UK, Pound masih bertahan dengan pungutan suara untuk kempen ‘kekal’ bagi keahlian UK dalam Kesatuan Eropah yang masih mendahului kempen ‘keluar’.  Dalam pungutan suara telefon dari agensi pungutan suara ‘Survation’, 44% rakyat Britain mahukan UK kekal dalam EU berbanding 38% yang mahu keluar.  Beberapa agensi pertaruhan mula meningkatkan kemungkinan UK ‘kekal’ dalam EU, sekaligus meningkatkan keyakinan pelabur.

Di pasaran Amerika Syarikat, indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama, kembali melonjak lebih 65 mata untuk ke paras tertinggi harian sekitar 95.73 mata sebelum menutup sekitar 95.70 mata, selepas laporan pertumbuhan ekonomi (GDP) AS untuk suku pertama 2016 dilaporkan berkembang pada 0.8% berbanding 0.5% pada suku keempat 2015.

telegram-moshed

Pasaran dijangka dalam dagangan tipis hari ini, ekoran pasaran UK yang bercuti sempena ‘bank holiday’ dan AS pula bercuti sempena ‘memorial day’.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register