728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 31 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-009

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 105 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5440 ke serendah 1.5335; setelah ahli konomi berkata peningkatan perdagangan mungkin bersifat sementara, kerana kekuatan sterling yang berterusan membuat barangan Britain lebih mahal di luar negara, manakala kegawatan dalam pasaran kewangan China telah meningkatkan ketidakpastian mengenai prospek global.

Pelaburan perniagaan UK meningkat 2.9% berbanding tempoh tiga bulan pertama 2015 – angka tertinggi dalam setahun. Samuel Tombs, ahli ekonomi kanan di Capital Economics, berkata angka itu “meletakkan idea bahawa ketidakpastian mengenai pilihan raya umum akan memberati perbelanjaan modal”.

telegram-moshed

Perbelanjaan isi rumah meningkat 0.7%, tetapi adalah lebih rendah daripada kenaikan 0.9% pada suku pertama. Inflasi yang lemah, kadar yang rendah dan pound yang kukuh telah membantu untuk mengekalkan sentimen pengguna yang memberangsangkan. Ekonomi UK pula berkembang sebanyak 3% pada tahun lepas dalam keputusan terbaik sejak 2006. Bank of England menjangkakan momentum yang sama dapat dikekalkan pada tahun ini, meramalkan pertumbuhan 2.8%.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register