banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 31 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-019.jpgPound Dollar melonjak semula hampir 70 mata selepas berlegar-legar sekitar 1.5500, pada paras terendah tahunan Selasa semalam walaupun “nationwide HPI” UK keluar meleset pada 0.2% berbanding jangkaan 0.3%  Lonjakan itu, yang juga dilihat sebagai para pelabur yang mengambil untung hasil jualan Pound dan pembelian Dollar sejak Julai lalu, dilihat bersifat sementara.  Kristin Forbes, ahli jawatankuasa dasar kewangan Bank of England, memberi amaran Oktober lalu bahawa kekuatan Pound telah pun merencatkan perkembangan ekonomi dan peluang pekerjaan.

Walau bagaimanapun, Dollar terus menguat berbanding Pound semenjak Julai lalu dan dijangka mencapai serendah $1.4300 untuk setiap Pound menurut penganalisis di Barclays.  Pada masa yang sama, penganalisis di Goldman Sachs mengatakan kenaikan nilai Dollar itu, sebanyak 0.4%, masih rendah berbanding 53% pada 1980an dan 34% pada 1990an.  Kenaikan besar pada 1980an itu adalah didorong oleh kenaikan “interest rate” dan pada 1990an pula adalah kerana produktiviti dan perbelanjaan pengguna yang meningkat; menjadikan pegangan aset dalam Dollar adalah lebih selamat.

Hari ini dengan hanya data berimpak rendah dari UK, pasaran dilihat lebih menumpu kepada krisis politik di Greece dan data ekonomi dari Amerika Syarikat – “unemployment claims” dijangka meningkat dari 280 ribu kepada 290 ribu, “chicago PMI” dijangka menyusut dari 60.8 kepada 60.2, dan “pending home sales” dijangka meningkat dari -1.1% kepada 0.6% yang bakal dilaporkan malam nanti.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register