728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 31 Mac 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 31 Mac 2016

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, naik turun dari paras pembukaan sekitar $1.4380 ke setinggi $1.4458 sebelum susut semula untuk menutup sekitar paras $1.4377; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada kenyataan terbaru Pengerusi Feds AS, Janet Yelllen yang menekankan perlunya berhati-hati dalam menaikkan kadar AS yang seterusnya.

Di pasaran UK, walaupun terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan UK keluar dari Kesatuan Eropah, yang boleh memberi kesan negatif ke atas Pound, tumpuan pasaran adalah sekitar kenaikan kadar AS dan arah Dollar AS seterusnya. Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama, kini berada di paras sokongan mingguan sekitar 94.50 mata.

telegram-moshed

Puan Yellen berkata Fed akan kekal “berhati-hati” dalam menaikkan kadar, dengan menunjukkan bahawa harga minyak yang rendah dan ekonomi global yang rapuh memaksa Feds untuk berfikir lebih lanjut. Walaupun Yellen berkata pada 16 Mac lalu bahawa jumlah kadar kenaikan tahun ini akan dikurangkan daripada empat kepada dua, penunjuk Dana Persekutuan AS di pasaran hadapan mengatakan bahawa boleh jadi tiada sebarang kenaikan kadar pada tahun ini.

telegram-moshed

Laporan ADP ‘Non-Farm Employment Change’ semalam tidak banyak membantu Dollar Amerika, walaupun ia datang baik sedikit daripada jangkaan. Laporan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 200 ribu pekerjaan pada bulan Mac. Pasaran menjangkakan pertambahan sebanyak 194 ribu. Perubahan positif tersebut masih tidak cukup untuk menjadikan pasaran teruja dengan kenaikan kadar AS pada April atau Jun.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register