728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 April 2016

Pound Dollar merudum lebih 195 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4170 sebelum menutup sekitar paras $1.4223; setelah PMI UK meleset dari jangkaan, walaupun ianya menunjukkan sedikit pemulihan daripada bulan sebelumnya, manakala harga perumahan terus menaik. UK telah menjadi salah satu daripada negara-negara maju yang paling pesat berkembang dalam tempoh tiga tahun lepas, tetapi perlahan pada separuh kedua tahun 2015, apabila ekonomi global mula lemah.

Kedatangan referendum keahlian Britain dalam Kesatuan Eropah pada 23 Jun ini mungkin menjejaskan pertumbuhan, dan undi untuk meninggalkan blok perdagangan terbesar dunia itu akan memberikan kejutan kepada ekonomi UK, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek, menurut kebanyakan ahli ekonomi. Kebimbangan mengenai Brexit mungkin telah menjejaskan sterling dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

telegram-moshed

Walaupun penurunan dalam Sterling boleh menambah beberapa lantunan untuk prestasi eksport pada bulan-bulan akan datang, kadar pertukaran mungkin menyebabkan banyak isu-isu kos melalui harga import yang lebih tinggi kerana ia membantu permintaan. Tempahan baru untuk eksport meningkat kepada 49.9 mata pada bulan Mac, tetapi kekal di bawah paras 50 yang menandakan pertumbuhan.

telegram-moshed

Dalam pada itu, purata harga rumah UK telah mencapai £200 ribu untuk kali pertama – tetapi kos rumah biasa di Utara UK kini kurang daripada separuh harga dari rumah di Selatan UK – menurut satu indeks. Nilai hartanah bulanan meningkat sebanyak 0.8% pada bulan Mac di seluruh UK, menjadikan harga tipikal rumah kepada £200,251, menurut Nationwide Building Society. Jurang purata harga antara rumah di Selatan dan di Utara England, telah meningkat kepada hampir £163,000.

Di seluruh UK umumnya, kadar pertumbuhan harga rumah tahunan telah meningkat kepada 5.7%, sekaligus menandakan kadar tahunan yang paling kukuh semenjak Februari 2015.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register