banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar melonjak lebih 250 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.5160 sebelum menutup sekitar paras 1.5140; setelah Pound mendapat permintaan apabila data menunjukkan bahawa sektor perkhidmatan UK berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh empat bulan pada bulan November lalu.  Pada masa yang sama, kejatuhan pasaran saham Amerika Syarikat telah mendorong pelabur luar menjual Dollar untuk keluar dari pegangan ekuiti mereka.

Di pasaran UK, Indeks Markit PMI perkhidmatan meningkat kepada 55.9 pada bulan lepas berbanding 54.9 pada October. Penganalisis menjangkakan indeks meningkat kepada 55.0. Ia merupakan kadar pertumbuhan yang paling cepat sejak Julai lalu, dan pertumbuhan perniagaan baru juga mengukuh kepada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan.  Penganalisis percaya bahawa kemajuan pertumbuhan sektor perkhidmatan itu, menunjukkan bahawa ekonomi UK akan terus mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dalam suku keempat.

“Data kajian setakat ini menunjuk kepada pertumbuhan KDNK (GDP) UK yang dijangka mencapai 0.6% pada suku keempat, dan tiada perubahan dalam harga purata bayaran untuk barangan dan perkhidmatan,” menurut Chris Williamson, Ketua Ekonomi di Markit. Walau bagaimanapun, beberapa bank-bank utama meramalkan kejatuhan mendadak Sterling dalam pandangan ekonomi 2016 mereka pada minggu ini.

Ini termasuk Morgan Stanley yang meramalkan kejatuhan kepada 1.4000 dalam masa setahun, dan Deutsche Bank mengekalkan unjuran awal mereka iaitu 1.2700 untuk tahun 2016.  Antara sebab yang dinyatakan ialah kebimbangan terhadap undi keahlian Britain dalam Kesatuan Eropah yang dijangka berlansung pada tahun depan, atau pada tahun 2017. Isu ini telah menghangatkan perbahasan ke atas beberapa kelemahan ekonomi makro UK.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register