banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013

Pound Dollar dilihat membuat lonjakan bermula petang semalam sehingga 150 pip dan mula turun naik dalam kadar 50 pip. Ia bermula berikutan data Construction PMI yang mengukuh 59.1 berbanding 57.6. Faktor-faktor yang menyebabkan matawang US Dollar melemah juga menyebabkan Pound Dollar terus melonjak dan membuat ketinggian lebih daripada 1.5000.

Kekuatan pound dan kemerosotan dollar berlaku lebih awal apabila data PMI yang mengukuh sehinggalah waktu sesi US Open apabila terdapat komen daripada FED’s Kocherlakota berkata Central Bank Fed tidak akan menaikkan kadar pada tahun 2015. Walaupun beliau bukan ahli yang akan mengundi tentang itu tahun ini , komen beliau telah memberikan faktor kenapa Pound Dollar dan mana-mana pasangan matawang bersama Dollar bertindak aggressive.

telegram-moshed

Peningkatan harga minyak sehingga $ 54.22 setong, harga tertinggi dalam 4 minggu, memberi tekanan teruk kepada US Dollar sekaligus membantu Pound melonjak tinggi.

Setakat ini kita telah lihat dalam kedua-dua sektor pembuatan dan pembinaan. Data sektor PMI perkhidmatan indeks hari ini pada pukul 5.30pm dijangka memberika pergerakan menarik kepada Pound. Jika semua 3 laporan menunjukkan aktiviti ekonomi yang lebih kukuh, UK akan mula kembali bercakap tentang kenaikan interest rate untuk tahun 2015.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register