Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-0023

Pound Dollar terus merudum lebih 110 pips Khamis lalu, dalam dagangan terakhir 2015 yang menyaksikan kadar tukaran GBP/USD mencapai paras terendah harian sekitar $1.4730 sebelum menutup sekitar paras $1.4735; setelah Dollar kembali mendapat permintaan, walaupun keadaan ekonomi yang bertambah baik di UK telah menyumbang kepada kenaikan Pound berbanding majoriti mata wang utama pada tahun lepas, menurut kajian terbaru dari Lloyds Private Bank.

telegram-moshed

Malah dalam tempoh 12 bulan yang lalu, Pound telah meningkat nilai berbanding 48 daripada 61 matawang yang dianalisis, tetapi jatuh berbanding 13 daripada 61 matawang tersebut. Selain matawang Seychelles dan Maldives, matawang destinasi percutian yang telah mengatasi Pound termasuklah Trinidad dan Tobago Dollar, pada 3%, dan Peso Dominican Republic, pada 1%. Pound mengatasi dua belas matawang daripada enam belas dalam kumpulan ekonomi G20. Selain Real Brazil, Rand Afrika Selatan dan Ruble Rusia, yang rugi besar berbanding Pound, termasuklah Lira Turki, 24%, Peso Mexico, yang turun 14% dan Dollar Kanada, sebanyak 13%.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register