Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-014

Pound Dollar yang merudum lebih 115 pips pada sesi dagangan pagi Eropah Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5250, setelah data “services PMI” UK meleset dari jangkaan; kembali memacu naik lebih 95 pips pada sesi dagangan pagi New York, dan kemudiannya menutup sekitar paras 1.5340 apabila “ISM non-manufacturing PMI” AS pula keluar jauh meleset dari jangkaan.

“Services PMI” UK jatuh ke paras 56.5 jauh meleset dari 59.5 pada sebelumnya dan jangkaan para penganalisa pada 59.2 Kelembapan pada April adalah yang paling cepat dalam hampir empat tahun dan, digabungkan dengan “manufacturing PMI” yang lemah dan lantunan dalam “construction PMI”, menunjukkan pertumbuhan dalam ketiga-tiga sektor pada Mei lalu adalah yang paling perlahan sejak Disember tahun lepas.

Penurunan bulanan itu adalah yang terbesar sejak Ogos 2011 dan jauh meleset dari ramalan yang paling rendah di dalam bancian ahli ekonomi oleh Reuters, walaupun indeks menunjukkan tanda-tanda bahawa inflasi di bawah sifar itu boleh kembali pulih. Data daripada pemberi pinjaman gadai janji Nationwide juga menunjukkan kadar pertumbuhan harga rumah tahunan, jatuh ke paras terendah dalam tempoh hampir dua tahun.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register