banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar terus merudum lebih 270 pips Jumaat lalu, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5395 sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan, pada sekitar paras 1.5145; terkesan dari penurunan data PMI yang menunjukkan penurunan yang berterusan dalam ekonomi UK, disaat para pedagang menyaksikan pilihan raya umum minggu ini. Sektor perkilangan UK mencatatkan kelembapan mendadak pada bulan Mac, menurut kaji selidik yang dilaporkan pada hari Jumaat itu.

Indeks Pengurus Pembelian bulanan Markit (PMI) menunjukkan sektor pembuatan jatuh kepada 51.9 pada bulan April daripada 54 pada Mac, penurunan terbesar sejak Februari 2013. Walau bagaimanapun, bacaan kekal di atas ambang 50.0 yang menandakan pertumbuhan. Awal minggu ini, angka rasmi menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi jatuh separuh kepada 0.3% dalam tiga bulan hingga akhir bulan Mac.

telegram-moshed

“Hari ini UK PMI menyampaikan berita yang kurang positif kepada kesihatan sektor pembuatan,” kata Rob Dobson, ahli ekonomi kanan di Markit. “Mana-mana tanda yang menunjukkan pengimbangan semula ekonomi ke arah pembuatan dan eksport adalah amat sukar difahami.”  Pada masa yang sama, para pelabur telah mengeluarkan £1 bilion daripada dana berkaitan dengan pasaran saham UK pada Mac 2015; dalam apa yang dipercayai sebagai tanda tekanan menjelang pilihan raya umum Khamis ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register